Archive for June, 2006

TIDUR RASUL…

Thursday, June 29th, 2006

TIDUR RASUL.

1)  Tidurlah pada awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah pada awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
4) Minumlah segelas air masak setiap sebelum tidur tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN CUACA PANAS
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIGALAKKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan

___________________________________________________~~~

amalkan..

plan ujung minggu

Tuesday, June 27th, 2006

kemana ye kita  [senyum sambil tayang gigi].

well sesama kita berdoa ..dan berharap. moga terlaksana.. ouch…[takut lak nak berangan]

erm.. antara lagu yang saya suka bangat dengar .. .
Jikustik~~~ Demi Sahabat  <– tekan utk download

_________________~~~~

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak
malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa
berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

oh benarkah begitu … insyaALLAH.. dia tak peduli berapa banyak tompok merah di muka kamu..dia tak perdulik pakaian yang kamu peragakan.. dia tak pedulik kasut kamu yang tampak jarang benar berganti.[asyik tu jee].. well.. the good news is "He or she dont care about u.but what he or she care is.. how your are very meaningful to them…."..ahahah aci tak ..aci. .taK???  saya tanya awak nieh.

HIKMAH

Wednesday, June 21st, 2006

Hikmah - Netta Kd & Daniil (OST Hikmah)

* subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah wallahu akbar
subhanallah walhamdulillah
astaghfirullah hasbi Allah

di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia
ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa

reff: hanya padamu tempatku mengadu
pahit yg kini menyiksaku
aku percaya tiada yg sia-sia
semua kan ada hikmahnya

repeat *

angan yg membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati
ku hanya orang yg kalah
satukan hatiku yg terbelah

repeat reff
repeat

Download Hikmah song here –>> HIKMAH
~~~__________________________________________

kepada mereka yang mengikuti cerita bersiri popular HIKMAH tentu pernah dengar lagu nieh.Ya cerita itu..cerita yang penuh dengan HIKMAH.. pegasingan.. Pendekatan ke arah NYA.. dan ah saya tak pasti adakah perempuan sebegitu baik ada di dunia nyata ini. Ada ..memang ada.cuma saya belum ketemu.

adakah saya juga penonton setianya???

Saya.?? bukan..bukan saya bukan penonton cerita bersiri ini, dirumah saya cuma ada enam channel sahaja. DI rumah saya juga tiada kuali yang mendongak ke langit.. (astro le). Dirumah saya cuma ada kuali yang tergantung di dinding dapur sahaja.

lirik ini saya celok dari Jenel seorang senior saya.

Dan lagu ini saya dapat dari ex-partner saya. Thanks Zila.
Namun telah di update oleh senior saya.

Sampai Samudera Mengering

Sunday, June 11th, 2006

JIKUSTIK - Sampai Samudera Mengering

AKU… HARUS BISA MENGALAHKAN
MALAM MALAM KESEPIAN
YANG MENJADI MUSUH BESARKU

AKU…HARUS BISA MENAKLUKAN
HARI HARI SENDIRIAN
YANG MENJADI LAWAN TANGGUHKU

##
TAK ADA YANG AKAN BISA MERUNTUHKAN NIATKU..
TUK BERTEMU..MEMELUK..
DAN MENYANDING

MESKI SURiA MEMBENAMKAN TUBUHKU DI LAUTAN
KUTUNGGU SAMPAI SAMUDRA MENGERING…
KUTUNGGU SAMPAI SAMUDRA MENGERING…

~~~Jikustik: Samudra Mengering

here->> http://www.geocities.com/mudahje/dengar/Jikustik_samudramengering.mp3
 ______________________________________________________<-@

berusaha untuk menakluk diri sendiri.

implement to me.. to us.

kenapa mudah bagi no phone??? tak tahu..

Thursday, June 8th, 2006

Semalam.. sedang aku duduk di dalam bas .. menelek buku yang baru aku pinjam di kedai uncle kat pasar seni nun.. tiba-tiba…seorang lelaki yang aku kira berumur dalam lewat 50′an bersuara.

" can i sit here.." tunjukkan kerusi sebelah aku yang kosong.

Dengan bodohnya.. aku pandang sekeliling dalam bas nieh banyak lagi tempat kosong apasal nak duduk sinieh.. ahaha.. tidak le.aku menghalang, aku angguk tanda.. duduk le pakcik.

‘membaca di tempat awam nie.. not our culture..biasanya orang asing…like my friend from scotland’ ayat mukadimah..dan aku hanya jungkit kening.. dan simpan buku dalam beg. herm Pakcik nie tak tahu ke sekarang ini orang malaysia pun ada yang macam tu.. dan orang malaysia pun kaya apa dengan tabiat suka membaca nieh.

dari berlabuhnya punggung pakcik tu, start lah sesi kaunseling.. wah
dari KL ke PJ dia bercerita..dan kadang-kala butir bicaranya diselang
seli dengan bahasa mat salleh yang bila dia bercakap aku kena dengar
betul-betul.. kurang jelas.

‘ nama sapa tadi..’ dua kali  dia bertanyakan nama aku.

‘ A##*&’ aku ulang sebut..

‘ can i have your phone number? ‘ terus dia keluarkan buku kecilnya. Sebelum diserahkan buku kecilnya pada aku.. satu-satu dia selak mukasurat buku kecil yang aku pandang sedikit usang. setiap satu rangkaian nombor telefon yang tercatak di dalam buku kecil itu diceritakan kepada aku siapa orangnya.. ‘ ha yang nieh..namanya..&&*&^89(dirahsiakan)..she cannot open her mind..she not ready yet.and..bla..bla.bla..’

sampai lah orang terakhir yang tercatat dalam buku kecilnya itu..syukur tak banyak..cuma adalah separuh buku. Kemudian dia keluarkan handsetnya.
‘ I ada send nie dekat orang-orang yang i kenal nie..u nak tau i send apa..’ terus dia  baginya handsetnya kepada aku.. dan aku..nak tak nak ambil dan baca kandungan SMS yang tersimpan dalam peti draft

"Kenapa muda mudi zaman sekarang ini, terutamanya mereka yang berumur dalam linkungan 17 hingga 26 tahun mudah memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali dan kebanyakkan mereka adalah dari golongn yang berpendidikan tinggi..kenapa?"

ouch gitu erk.. buku kecil yang aku pegang dan pen yang masih tersepit dicelah jari aku pandang.. erm.. gitu erk. a’ah kan kenapa ye.. persoalan???.

banyak lagi i send. terus dia tunjukkan lagi SMS draftnya. Dan aku.. erk kenapa mudah ye.. tak kenal terus tunjuk semua nieh.. erm. mungkin title yang di sandang sebagai pakar kaunseling.

‘ i’m not going to know you..’
ahaha aku tergelak, mungkin sebab dia tengok aku teragak-agak untuk menulis nombor telefon dalam buku kecil dia tuh.

memang le.. aku tahu tu.. tapi dalam kepala nieh.. dah fikir macam-macam.

pakcik nie ada join apa-apa ke nieh.. jualan langsung ke ape ke kan..

‘ i tak buat direct selling..’

ouch .. ahah tahu tu..terang-terangan dari name card yang diberi menunjukkan profession nya..

tapi.. aku tetap macam tuh.. pandang kertas dan pen.. kertas dan pen.

akhirnya aku catatkan juga.

‘ ah.. ini i tak tahu nieh.. i mana penah guna computer…’ dia membaca alamat e-mail yang aku tuliskan.

eheheeh.. ‘ then u should learn..it is very interesting to know people through internet’

Pakcik turun di PJ state…sebaik sahaja pakcik turun terus aku teringat kan arwah atuk.
AL-Fatihah untuk arwah atuk..wan….entah kenapa aku jadi rindu..

kalam

Thursday, June 1st, 2006

cering bulu roma di tengkok aku bila aku melihat dia menangis.. dan mereka juga menangis.
pertama kalinya melihatnya..dan dia terkeluar..dan mereka menangis.
menangis kerana peserta terpaksa disingkirkan dari Akademi Al-Quran..bagaimana perasaannya???…

sungguh terkesan.. memberi kesan pada aku
itulah dia.. cering bulu roma ditengkok aku.. seram.. dalam hati betapa aku bersyukur dalam era sebegini aku masih berkesempatan dan sedar betapa besarnya kesan menangis kerana kalam ALLAH.