Archive for March, 2006

Dkampo..+ NAGA

Thursday, March 30th, 2006

Hati gumbira.. hari ini hati aku benar-benar gumbira.. banyak faktor yang buat aku gumbira antaranya.. esok tidaklah aku terkulat-kulat hanya menjadi penonton di keramaian buku tu.. mungkin ada yang boleh aku sambar.. ahahahaha  =D happy!!!

Lagi melawat jenal beliau dan beliau. benar-benar buat aku ketawa..hinggakan aku lupa aku bukan dirumah tapi dikantor..[orang dah memang ingat aku pelik ..ye la budak baru kan.. lagi bila aku ketawa tak hingat alam .. lagi la .. orang akan pandang betambah-tambah peliknya aku nie.. ahahahahah..macam mana bleh tak sedar diri nie..]

mungkin juga pembawaan tension aku yang buat aku meng "happy" kan diri sendiri. benda kecil pun boleh buat hati aku gumbira dan berbunga..

sememangnya kita ada belajar cara-cara menghiburkan hati sendiri ..tak gitu.. kau pernah belajar tak dulu????

Naga

D’arkampo

LovE _2

Thursday, March 30th, 2006

LOVE is not aBout finDing tHe riGht perSon,
bUt cReaTing thE riGhT rElaTionShip.
It’s Not hoW mUch LOVE yOu hAvE in tHe beGinNing,
bUt hOw Much LOVE yOu BuilD till tHe EnD..
_______________________________________________________________________________<-@

herm betul jugak tu.. thanks pal. So let us be creater who creating friendship and relationship with full of love

TheirTalk about Hijjabed

Wednesday, March 29th, 2006

this morning i just bumped into one of blogger website, intresting website  [maybe after this i can visit him again.opss i dont know he or she..]  and i found this link..
Their Talk about Hijjabed  <<–link

pandangan wanita tentang bertudung.

MEreka

Tuesday, March 28th, 2006

sudah lama benar aku tak menjengok mereka.. entah apa rajuknya. aku pun tak tahu. logikkah begitu.

tulisan mereka tetap masih jitu dan padat seperti dulu-dulu.. seperti yang lalu.mencambahkan pemikiran aku. Membuatkan aku sering bermuhasabah diri.

disini aku abadikan mereka.. agar kelak aku tidak kerinduan lagi..
Awan putih
langit Malam

sebenarnya banyak lagi.. cuma ini antara yang paling aku rindu.

Kisah seorang adik…

Tuesday, March 28th, 2006


Kisah seorang adik…

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah.

 

Petang
itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta
aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,dan tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun
airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan
kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya
dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke
peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya
tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

__________________________________________________________________________________________<-@

Kisah ini sudah acapkali aku membacanya, jiwa wanita aku tetap ada.. memang aku menangis.tapi entah kenapa masih lagi sifat penting diri sendiri dalam diri aku…maupun sedikit..

aku hanya hamba NYA yang lemah..

LOVE

Monday, March 27th, 2006

Don’t find love, let love find you.
That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.
Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man It takes a minute to have a crush on someone , an hour to like someone, and an day to love someone… but it takes a lifetime to forget someone. It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you

Meniti Pelangi

Friday, March 24th, 2006

~~ Meniti Pelangi..

Adakah pelangi mencecah bumi????